Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya membawa anak-anak ke perpustakaan awam seremban. Bagi anak-anak, ini adalah pertama kalinya mereka ke perpustakaan dan mereka tidak memahami kenapa kena menjadi senyap secara tiba2, sedangkan ketika membaca buku dirumah, atau ke mana2 pameran buku atau kedai buku, mereka boleh membacanya kuat-kuat. Puas menerangkan bahawa di perpustakaan, kita mesti menghormati hak individu lain yang sedang membaca, berfikir dan menelaah ilmu, maka dengan itu, kita mestilah senyap supaya tidak mengganggu mereka. Tapi namanya pun kanak-kanak, faham sekejap, senyap sekejap. Kemudian jumpa sahaja buku yang disukai, dah bergelak dan bising semula (puas juga lah mohon maaf dan dijeling oleh pengunjung2 lain) buat muka tebal sajalah. Ini ruang bawah yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ada bermacam-macam audio yang sesuai, ada beg bean yang dijadikan tempat duduk. Santai anak-anak saya berehat sambil melihat gambar-gambar pada buku yang mereka bel
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs