Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

band 6 matematik yang memeningkan

Sudah berhari-hari malah berminggu-minggu saya pening memikirkan apakah soalan yg nak dibuat sebagai eviden band 6 matematik, B6D1E1. Untuk makluman , band 6 adalah band tertinggi yg boleh dicapai oleh pelajar dan kriterianya: B6D1E1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi dengan kaedah penemuan baru. Dibawah ini pula maksud band-band yg diwakili dgn 1, 2 , 3 , 4 , 5 dan 6 (Inilah ukuran standard pelajar yg diguna pakai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah ini) KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Kalau kita lihat capaian band 6, pelajar mesti tahu, mesti faham, boleh buat dan adab mithali pula maksudnya boleh bantu rakan sebaya (al

pokok markisa dah berbuah :)

excited! inilah perkataan yang bersimpang siur sejak saya menemui putik buah markisa pada pokok yang ditanam melebihi setahun yang lalu. Pohon markisa ini, diberikan oleh Cik Mes, dan ditanam oleh suami di tepi pagar rumah kami sejak setahun lalu. Cik Mes kata, dalam tempoh 8 bulan biasanya ia akan mengeluarkan buah. Namun, pokok markisa saya hanya lebat daun, melampau2 banyak daunnya subur menghijau, tapi tidak langsung berbunga, apatah lagi berbuah walaupun hampir setahun berlalu. Saya pun mula lah meng'google' info2 berkaitan markisa di internet, dan membuat pelbagai2 andaian berdasarkan info yang ditemui. Contoh andaian saya,       1. pokok markisa saya hanya sepohon, dan mungkin tiada pembiakan pendebungaan berlaku menyebabkan ia tidak mahu mengeluarkan bunga (hahaha maklumlah takde ilmu pertanian main belasah je buat andaian).        2. pokok markisa saya tidak mahu berbuah kerana saya tidak buat apa-apa para pun yang membantu ia menjalar. Hanya mengharap kepada pagar

positif

Mengetengahkan aspek positif dalam diri kita bukanlah suatu perkara yang mudah. Di tambah lagi dengan tekanan-tekanan yang dihadapi sepanjang laluan kehidupan kita ini. Pelbagai masalah dan ujian yang melanda, sering menjadikan kita merasakan diri kita adalah mangsa, dan seterusnya kita berubah menjadi kasar, membina jati diri yang lebih kental dan tahan lasak seiring dengan ujian yang kita alami. Jika kita mengenang kembali zaman kanak-kanak, pergi ke sekolah dan hanya bergembira dengan rakan-rakan sebaya, namun bila menceburi dunia pekerjaan yang menuntut kita bersaing demi rezeki, demi kesenangan hidup, perwatakan yang dulunya prihatin, boleh berubah menjadi dingin dan beku demi kepentingan diri sendiri. Namun, mereka-mereka yang mempunyai kisah silam yang gembira, walau boleh hanyut terleka dengan pancaroba dunia, masih boleh kembali ke pangkal jalan, kembali kepada suasana positif, kerana dulu, mereka pernah melalui kegembiraan yang positif itu. Bagaimana pula mereka yang melalu