Pada 9 , 10 dan 12 April yang lalu, saya telah mewakili sekolah untuk hadir pada kursus pentaksiran berasaskan sekolah bagi subjek matematik. Ini kerana saya ada mengajar 2 kelas matematik tingkatan 1 sekolah saya. Kursus yang saya hadiri ini telah dijalankan di PPD Kuala Pilah.
Secara umumnya, kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana dengan menghadirinya, saya dapat mengetahui apakah objektif PBS ini yang begitu kabur pada saya sebelum ini. Secara ringkasnya, PBS matematikTingkatan 1 meliputi keseluruhan topik dan subtopik Matematik Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada 70 elemen meliputi kesemua Band 1 hingga Band 6. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk kami guru-guru memahami apakah kehendak sebenar setiap band itu, tapi selepas melalui bengkel sehari lebih menyiapkan soalan-soalan mengikut descriptor, kami akhirnya berjaya menghasilkan 7 set soalan lengkap dari B1D1E1 hinggalah ke B6D1E1. Sekurang-kurangnya, kami telah mempunyai bank soalan yang sesuai untuk terus digunapakai sebagai bahan ujian pelajar bila pulang ke sekolah.

Sewaktu sesi perbengkelan membuat soalan. Syukur sangat-sangat dengan kemudahan wifi yang disediakan, dapat mempercepatkan kami merangka dan membina soalan yang diperlukan.
Semasa sesi pembentangan soalan. Rasa bangga jugalah kerana daripada 7 kumpulan, kumpulan kami lah satu-satunya yang langsung tidak mendapat bantahan dari Jurulatih Utama. Pembentangan lancar kerana semua soalan nampaknya JU angguk-angguk dan setuju je hehe!
Terlupa pula nak ambil gambar JU. Apapun, moga program KPM yang terkini ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang disekolah-sekolah. Saya perlu buat in-house training bila pulang ke sekolah tapi dah seminggu entry ni, tak sompek laie!
>cikgu ni, dah pergi kursus tu kena lah sebarkan pada rakan-rakan di sekolah pula. Janganlah simpan sorang je!
>> eh eh ada ke saya cakap tak nak buat? Memandai je awak ni! Tengah pilih tarikh la ni, sibuk!
Comments
Post a Comment