Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Pentaksiran Matematik Berasaskan Sekolah 2012

Pada 9 , 10 dan 12 April yang lalu, saya telah mewakili sekolah untuk hadir pada kursus pentaksiran berasaskan sekolah bagi subjek matematik. Ini kerana saya ada mengajar 2 kelas matematik tingkatan 1 sekolah saya. Kursus yang saya hadiri ini telah dijalankan di PPD Kuala Pilah. Secara umumnya, kursus ini memberi manfaat kepada saya kerana dengan menghadirinya, saya dapat mengetahui apakah objektif PBS ini yang begitu kabur pada saya sebelum ini. Secara ringkasnya, PBS matematikTingkatan 1 meliputi keseluruhan topik dan subtopik Matematik Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada 70 elemen meliputi kesemua Band 1 hingga Band 6.  Walaupun pada mulanya agak sukar untuk kami guru-guru memahami apakah kehendak sebenar setiap band itu, tapi selepas melalui bengkel sehari lebih menyiapkan soalan-soalan mengikut descriptor, kami akhirnya berjaya menghasilkan 7 set soalan lengkap dari B1D1E1 hinggalah ke B6D1E1. Sekurang-kurangnya, kami telah mempunyai bank soalan yang sesuai untuk terus digunapak

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. 6.     Beli satu buku rujukan matematik tambahan dan jawab semua latihan