Selamat sejahtera Puan,
Saya mengakui bahawa keputusan kali ini sememangnya kesalahan di pihak saya. Selepas sukatan pelajaran dihabiskan, saya hanya sempat membuat dua modul set soalan bersama pelajar. Saya tidak menyediakan mereka sepenuhnya untuk peperiksaan kali ini. Saya percaya kurangnya pendedahan pelajar kepada soalan-soalan berorientasikan peperiksaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan teruk ini.
Saya tidak berani berjanji apa-apa kepada puan, tetapi saya memberi suatu jaminan bahawa selepas ini, didalam tempoh sehingga ke peperiksaan sebenar, pelajar akan dapat menyelesaikan set-set soalan dari negeri-negeri lain, dan menyesuaikan diri mereka dengan format-format peperiksaan, seterusnya lebih bersedia menjawab dengan baik pada peperiksaan sebenar nanti. Moga Allah memberkati segala usaha kita.
Sekian, terima kasih.

Saya sangat sayangkan pengetua ini. Beliau sangat dedikasi dan sangat bertolak ansur. Bersifat keibuan, dan dalam ketegasannya, ada kelembutan. Bersungguh saya menangis masa majlis perpisahannya ini. Beliau berpindah ke sekolah baru kerana dinaikkan pangkat.
Semoga puan terus berjaya dan cemerlang di sekolah yang baru.
Comments
Post a Comment