Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Surat kepada Pengetua

Selamat sejahtera Puan, Saya mengakui bahawa keputusan kali ini sememangnya kesalahan di pihak saya. Selepas sukatan pelajaran dihabiskan, saya hanya sempat membuat dua modul set soalan bersama pelajar. Saya tidak menyediakan mereka sepenuhnya untuk peperiksaan kali ini. Saya percaya kurangnya pendedahan pelajar kepada soalan-soalan berorientasikan peperiksaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan teruk ini. Saya tidak berani berjanji apa-apa kepada puan, tetapi saya memberi suatu jaminan bahawa selepas ini, didalam tempoh sehingga ke peperiksaan sebenar, pelajar akan dapat menyelesaikan set-set soalan dari negeri-negeri lain, dan menyesuaikan diri mereka dengan format-format peperiksaan, seterusnya lebih bersedia menjawab dengan baik pada peperiksaan sebenar nanti. Moga Allah memberkati segala usaha kita. Sekian, terima kasih. Saya sangat sayangkan pengetua ini. Beliau sangat dedikasi dan sangat bertolak ansur. Bersifat keibuan, dan  dalam ketegasannya, ada k

Mari Bergempur~

Kat sekolah skrg sedang musim menggempur budak2 form five utk spm.. Aku terlibat dengan dua kelas spm iaitu matematik dan matematik tambahan. Taktaulah nak sumbat apa lagi kat budak2 ni. Rasanya mcm dah bagi dah semua ilmu di dada, tapi masih rasa belum mencukupi. Gunakan soalan past year dan soalan trial negeri-negeri. Seperti yang aku tulis sebelum ni, budak-budak ni di kampung. Takde kelas tambahan lain. Memang harap 100% pada cikgunya(ada la juga dua tiga orang yang pergi kelas tambahan lain). Lingkup cikgunya ajar, lingkuplah anak murid jadinya. Aku harap aku tak melingkup, dan anak-anak muridku yang cerdik pandai tu boleh dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan spm mereka nanti. Tinggal lagi 3 minggu sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar. Aku pulak yang berdebar....

Sekolah oh sekolah

Aku memohon pindah dari sekolah sekarang. Sesungguhnya aku sangat sayangkan sekolah tempat aku mengajar sekarang ni.. kawasan sekolah luas, lapang, cantik, besar, terpencil di pedalaman, jauh dari kebisingan kota, udaranya segar, murid-murid yang baik dan hormat guru, rakan rakan sekerja yang mesra dan bertimbang rasa, kesimpulannya semuanya menariklah disini. Tapi aku tetap memohon pindah. Kenapa? Kerana sekolah ini jauh dari rumahku syurgaku. Jauh? ye, sejauh lebih 100 km pergi dan balik setiap hari. Jika ada sebarang kecemasan dirumah, aku berfikir dua tiga kali untuk memohon cuti atau mengambil mc, sebab tak mungkin aku dpt menguruskan hal ku beberapa jam, kemudian ke sekolah utk tugasan. TAK BERBALOI. Perjalanan sejam lebih. Penat selesai urusan, nak memandu jauh ke sekolah, dua tiga jam kemudian memandu balik ke rumah. habis waktu dijalanan. Anak murid di pedalaman, tidak ada kelas tuisyen untuk mereka selepas waktu sekolah. Jadi mereka sangat mengharap guru-guru sekolah untuk &