Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Buka akaun anak di Maybank

 Semalam, saya telah ke Maybank sebab nak buka akaun untuk anak anak saya.  Biasanya, kita dengar orang buka akaun untuk anak anak di BSN, atau tabung haji, atau bank rakyat. Tapi anak anak saya, sebab agaknya dah biasa tengok ibu dan ayah cucuk duit ATM di 'rimau kawanku', dan dah biasa tengok ibu ayah buat  transaksi online di maybank2u, maka mereka juga request nak ada akaun di bank rimau ni. Di Maybank, untuk buka akaun bagi anak bawah 12 tahun, kita boleh buat akaun SIMPANAN BERSAMA (Join account) antara ibu/ayah dengan anak tersebut. Ni dipanggil YIPPIE JUNIOR ACCOUNT. Tapi bagi anak yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun, mereka dah boleh ada akaun simpanan sendiri, dengan syarat ditemani ibu bapa masing masing. Hanya perlu bawa: 1. surat beranak(asal dan fotostat) ,  2. Kad pengenalan sendiri (asal dan fotostat) 3. Kad pengenalan salah seorang ibu/ayah (asal dan fotostat) 4. Duit deposit buka akaun rm250 seorang( duit ni akan masuk dalam akaun tu nanti sebagai duit simpa