Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Trip Jelajah Selatan Thailand - Narathiwat dan Pattani Hari ke 2

Ini entry kedua. Anda boleh baca trip di golok hari pertama. Selepas bershopping toto dan beberapa barangan yang menarik perhatian, sahabat suami menjamu kami makan tengahari di kedainya sebagai ucapan salam perpisahan. Golok merupakan salah sebuah daerah dalam Narathiwat dan kini kami menghala ke ibu negerinya, Mueang Narathiwat. Tak Bai juga salah satu daerah sempadan di antara malaysia Thailand. Papan tanda selamat datang ke Narathiwat Narathiwat adalah antara wilayah Thailand yang terletak di pesisiran pantai dan lebih 80% penduduknya beragama islam. Antara pekerjaan utama di sini adalah peniaga dan nelayan. Sekejap sahaja kami di sini kerana destinasi seterusnya adalah Wilayah Pattani. Pattani, di ambil sempena nama asalnya 'Pantai ini', merupakan salah satu lagi wilayah di selatan Thailand. 88% populasi Pattani merupakan bangsa melayu Islam.  Antara kampung-kampung yang ada dalam laluan kami semasa perjalanan ke P