Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Tema kesultanan melayu melaka untuk Sambutan Hari Guru 2015

Meriah sambutan hari guru kami tahun ni. Tema nya ialah Kesultanan Melayu Melaka. Kami semua di kehendaki berpakaian seperti golongan bangsawan ketika zaman kesultanan melayu Melaka. Semua anak murid pun kena berpakaian baju melayu dan baju kurung. Cuma selempang pelajar ialah kain batik untuk kerudung pelajar perempuan dan kain pelikat untuk selimpang pelajar lelaki. Sebab mereka adalah rakyat jelata hahahaha. Seronok sangat sebab semua terlibat bagi menjayakan tema ini. Gambar memang sengaja di hitamputihkan untuk lebih suasana dulu dulu hihihi Sultan Jelai (pengetua kami) melancarkan majlis dengan acara memanah. Bendahara Istana (GPK 1)  di kelilingi kekanda dan adinda istana :) Panglima sedang berperang hohoho (lawan main batu seremban) Antara acara dan permainan yang dimainkan oleh kami pada temasya ini ialah batu seremban, galah panjang, konda kondi, congkak, tangkap ayam, memanah, jalan atas tempurung, menganyam ketupat dan tengteng.

Bengkel Matematik Tambahan di SM Sains Tuanku Jaafar

Pada 11 April lalu, saya telah menghantar 4 pelajar matematik tambahan sekolah saya bagi menghadiri suatu bengkel kecemerlangan matematik tambahan di Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Sebenarnya, program ini adalah program mingguan bagi sekolah tersebut. Setiap minggu, sekolah tersebut akan mengumpulkan para pelajarnya untuk suatu program perkampungan dari petang Jumaat sehingga Ahad tengahari. Program perkampungan itu menumpu kepada satu subjek sahaja pada setiap minggu. Kebetulan minggu ini merupakan minggu yang dikhususkan untuk subjek matematik tambahan. Maka Panitia Daerah pun menumpang sekaki lah menghantar wakil pelajar dari sekolah masing-masing termasuk sekolah saya hehe Program ini sangat memberi makna kepada para pelajar saya kerana mereka mendapat manfaat yang sangat banyak terutama bagi silabus tingkatan 4. Mereka di duduk kan dalam kumpulan kumpulan berbeza, dan setiap kumpulan mempunyai seorang guru muda serta seorang fasilitator yang terdiri dari pelajar ter

Sepi di Maya

Sudah lebih setahun menyepi dari mengemaskini blog. Banyaknya sawang! hihi Sebenarnya, saya mengandung anak ke empat. Masa mengandung kali ini, pelbagai ujian yang datang hingga tidak punya ruang dan kesempatan untuk menulis. Alhamdulillah segala ujian sudah beransur-ansur dapat di atasi..dan banyak telah dipermudahkan oleh Allah. Inilah cahaya mata ke empat. Fateh. Sekarang sudah berusia 5 bulan. Menjadi mangsa buli oleh abang dan kakaknya haha~ empat permata belahan jiwa.