Selamat pagi! Pagi yang indah di Sarawak. pukul 6 dah hampir terang. Awal lebih kurang 40 minit dari waktu Semenanjung. Rancangan pagi ini ke Pasar Serikin. Pasar Serikin adalah antara tempat yang mesti dikunjungi oleh orang suka shopping!! seperti saya huhuhu Pasar Serikin terletak bersempadan dengan Indonesia, di dalam daerah Bau. Alan pemandu pelancong kami, telah menjemput kami seawal jam 8 pagi dari tempat penginapan kami di Hotel Grand Continental . Pemilihan hotel ini adalah kerana hotel ni ada kolam renang haha! Alasan yang klasik. Sama macam masa di Sabah dulu. Tapi malangnya berita buruk menyambut kehadiran kami. Kolam renang dibawah penyelenggaran selama seminggu. Hmm kebetulan. Mengamuk sakan anak sulung kami sebab tak dapat melakukan aktiviti renang kesukaannya. Nak buat macam mana. Redha je lah mandi kat bath tub bilik ye nak... Ok berhenti dulu cerita hotel. Nak sambung cerita aktiviti nih! Haha. Perjalanan ke Pekan Serikin mengambil masa lebih kurang 1 jam dari
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs