Berlalu sudah hujung minggu yang padat. Guru-guru bekerja 7 hari kerana ada program perkampungan ilmu sabtu dan ahad. Saya di amanahkan dua slot, sabtu untuk slot matematik tingkatan 3 dan ahad mengendalikan slot matematik tambahan tingkatan 5. Takpe, saya dah biasa dengan program seperti ini. Mengendalikannya, langsung tiada masalah bagi saya. Persediaan bahan telah dibuat sejak 2 minggu sebelum program ini. Yang saya tidak biasa, tiba-tiba..(wah macam cemas lah kononnya!) tiba-tiba suami saya juga mendapat surat panggilan berkursus pada tarikh minggu yang sama! Oh oh~ macamana anak-anak? Buah hati yang tiga orang tu, macamana nak urus ni? Selalunya bila ada program, suami akan mengambil alih menjaga mereka. Jadi kali ini, kerana suami juga berkursus, saya mengambil keputusan membawa mereka ke sekolah, dan yang lebih menariknya, bawa mereka menumpang bermalam di rumah warden asrama hehe... Macam-macam pertanyaan anak-anak saya. "Ibu, kita nak tidur dekat dorm macam kakak d
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs