Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Gotong Royong Muhibbah

Saya selaku wakil pemimpin pengakap sekolah, telah menerima jemputan untuk membawa 4 orang pelajar saya ke satu aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung di Kg. Air Runtuh, Johol. Aktiviti ini dianjurkan oleh SMK Datuk Undang Abd Manap (Duam) sempena penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi Toyota Eco Youth. Banner ini dipasang di jalan masuk ke kampung tersebut.  Saya memilih seorang pengakap muda dan 3 orang pengakap remaja untuk mengikuti program ini. Walaupun hanya sebagai jemputan untuk khidmat masyarakat ini, tapi saya mengambil kesempatan untuk menilai pelajar saya bagi mendapat lencana pemelihara(Pengakap Muda) dan lencana perkhidmatan(Pengakap Remaja).                                                                                       pemelihara                                          perkhidmatan Ok serba sedikit tentang program. DUAM akan mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan inovasi anjuran Toyota Eco Youth . Pertandingan ini memerlukan merek

10 Perangkap yang dilalui semasa ulangkaji Matematik Tambahan

Sebagai pelajar, ada beberapa perkara yang sering bermain di dalam minda tentang sesuatu subjek, terutamanya subjek matematik tambahan. Pastikan anda mengambil tindakan untuk setiap permainan minda tersebut. 1. "Saya tidak tahu di mana nak mula"      Ini masalah biasa. Jangan cepat rasa gelabah. Biasalah kalau anda bingung dengan jumlah topik yang banyak. Matematik Tambahan mempunyai 21 topik utama, itu belum dikira subtopik-subtopiknya lagi. Mulakan dengan membuat senarai sukatan pelajaran sebagai senarai semak apa yang sudah atau belum diulangkaji. Kalau dah sudah faham dan ulangkaji, tandakan  '/ ' menunjukkan anda sudah ulangkaji subtopik tersebut. Bila anda sedar yang banyak lagi topik belum study, tentu anda tidak akan buang masa kepada perkara-perkara lain. Checklist ini tak semestinya perlu bertaip, tulis saja dengan tangan, yang penting ada, supaya anda tahu apa yang sudah, dan apa yang belum diulangkaji. 2. "Banyaknya nak belajar...dan ma