Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama. Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs. Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs