Baru-baru ini, sekolah saya telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Majlis Restu Redha Ilmu. Majlis ini diadakan dua kali, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan pmr, dan sekali lagi ialah beberapa hari sebelum peperiksaan percubaan spm. Secara ringkasnya, majlis ini adalah untuk meraikan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, dan memberi peluang ibu bapa mereka mengucapkan sepatah dua kata kepada guru-guru yang mengajar anak mereka. Majlis ini dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh guru kaunseling, Ustaz Asri dan dibantu oleh beberapa pelajar dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, dan doa, kemudian ucapan-ucapan terima kasih yang diberi oleh wakil pelajar, wakil ibu bapa dan wakil guru. Memetik kata Ustaz Asri, adalah penting kita sebagai ibu bapa minta dihalalkan segala ilmu yang dipelajari oleh si anak dari guru mereka, dan amat bermakna ucapan terima kasih daripada ibu bapa kepada guru, kerana guru telah membantu mereka
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs