Kita sering menilai kehidupan melalui dua perkara. Cantik, atau hodoh. Mahal, atau murah. Baik, atau jahat. Kaya, atau miskin. Senang, atau susah. " Tengok, cantik tak jam tangan abang ni? Mahal tau! cantik, kan?," kata seorang jejaka. "Amboi memang cantik! Oh mahal ye...kalau mahal boleh saya baling? Tentu tak pecahkan? hehehe," jawapan balas daripada si gadis. Dialog yang saya dengar tanpa sengaja ini membuatkan saya berfikir. Dulunya, jika saya membeli sesuatu yang mahal, saya juga mengharap kepada perkara yang sama. Bila mahal, tentu barang itu tahan lama. Berkualiti, dan tidak mudah rosak. Tapi sebenarnya konsep ini tidaklah merangkumi semua perkara.Malahan hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Selebihnya, yang mahal lah yang biasanya lebih perlu dijaga, lebih disayang dan diberi penuh perhatian. Mangkuk kristal, dengan mangkuk plastik. Kristal begitu indah dan ekslusif bila dipandang, harganya juga mahal berbanding pinggan
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs