Tahun ni berbeza daripada tahun-tahun sebelum ni. Gerak gempur telah berjaya dimulakan dua minggu sebelum periksa percubaan bagi pmr dan sebulan lebih sebelum peperiksaan percubaan spm. Ini adalah suatu pendekatan terbaru bagi sekolah kami. Tentunya, kami menghadapi kesukaran untuk 'menggempur' mereka kerana ada silabus yang belum berjaya dihabiskan. Kami tidak sama dengan sekolah berasrama penuh. Pelajar yg 24 jam di sekolah pasti lebih mudah dipantau dan lebih cepat silabus berjaya dihabiskan. Kami juga tidak sama dengan sekolah harian bandar. Jika pelajar kurang menyerlah disekolah, ibu bapa dengan segera mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen yang gah di bandar-bandar. Jadi strategi pengetua, jadual gerak gempur ini diselang seli dengan jadual rasmi biasa. Maksudnya, seminggu gerak gempur, seminggu kelas biasa, seminggu kemudian gerak gempur dan seminggu seterusnya jadual biasa. Pada masa gerak gempur, pelajar disediakan dengan soalan-soalan berform
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs