Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Tukang Kayu dan rumahnya

        Seorang tukang kayu brcadang untuk bersara dari pekerjaannya disebuah syarikat perumahan. Dia berasa sudah terlalu penat dan ingin berehat menikmati sisa hidupnya dengan aman damai bersama isteri dan anak-anaknya.         Apabila hasrat itu disuarakan, pemilik syarikat perumahan itu berasa sedih kerana tukang kayu itu adalah antara pekerja terbaiknya. Lalu sebagai kenang-kenangan, dia meminta tukang kayu itu membina sebuah rumah untuknya.        Tukang kayu itu bersetuju walaupun sebenarnya dia merasa begitu 'terpaksa' memenuhi permintaan itu. Dia ingin segera berhenti. Dia melakukan pekerjaan itu tidak sepenuh hati dan menggunakan bahan-bahan la kadarnya sahaja.         Akhirnya rumah itu siap tetapi hasilnya bukanlah yang terbaik. Tukang kayu itu berasa sedikit kecewa kerana terpaksa mengakhiri kerjayanya dengan prestasi yang tidak mengkagumkan seperti sebelumnya. Ketika pemilik syarikat itu datang melihat rumah yang baru siap itu, dia menyerahkan kunci rumah k